Search This Blog

Saturday, April 24, 2010

WANG EHSAN RM10 UNTUK SABAHKINIFANCLUB





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 00:34


Oleh: MUTALIB M.D

SABAHKINI.NET mengalami gangguan selama lima jam hari ini akibat masalah teknikal dan memerlukan dana untuk menaiktaraf dan membaiki kerosakan teknikal yang sering berlaku akibat percubaan ramai penggodam untuk merosakkan portal pujaan ramai rakyat Sabah ini.

Bagi memastikan Sabahkini.net membawa berita sensasi dan terkini dalam usaha untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah, maka Sabahkinifanclub mengalu-alukan derma ‘wang ehsan’ RM10 daripada rakyat yang prihatin.

Wang ehsan berkenaan boleh dimasukkan terus ke akaun Setiausaha Sabahkinifanclub, Sitta Sarah di Public Bank melalui akaun bernombor 4713556916.

Sabahkinifanclub mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang prihatin menghulurkan Wang Ehsan untuk membantu menaiktaraf sesawang ini yang memerlukan perbelanjaan antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

SIAPA LINDUNGI ‘KING PIN’ KUARI HARAM DI LAHAD DATU?





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 15:12

HARAM.... Kuari haram di kaki Gunung Silam ini boleh dilihat daripada lebuh raya Kunak-Lahad Datu namun pihak berkuasa membutakan mata mereka.


Oleh: ZAZARIZA ZAZIZUL

SUDAH lebih 30 tahun kuari ini beroperasi secara haram, namun tidak ada pihak mempedulikan nasib dan nyawa penduduk kampung Silam yang terdedah kepada debu beracun ledakan kuari berkenaan; hatta Mantan Ketua Polis Daerah Lahad Datu tinggal tidak jauh daripada kuari haram berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Barisan Nasional Sabah kerana menghina wawasan kesemua Perdana Menteri Malaysia termasuk kerajaan ‘1Malaysia’ Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan ketika melakukan pemeriksaan mengejut ke kuari haram berkenaan yang terletak di atas tanah CL 115384015.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

BROADBAND CELCOM HANYA SESUAI UNTUK AFRIKA?





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 00:10

Oleh: SURIATI MAHMUD

BROADBAND Celcom yang menggunakan cogankata ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ masih belum mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia, terutama Lahad Datu dan hanya dianggap sesuai untuk Gurun Kalahari, Afrika yang tidak berbukit bukau.

Para pegawai Celcom lebih berminat untuk mencari mereka yang membuat aduan daripada menyelesaikan masalah kerana ‘kucing’ pun tahu bahawa Celcom Broadband gagal mencapai liputan untuk seluruh Bandar Lahad Datu sehingga jurujual Broadband Celcom mencadangkan agar para pengguna mengambil pakej RM68 dan bukannya RM98 kerana masalah liputan.

“Buat apa jual Celcom di sini? Di Afrika sesuailah.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

CP MULA GELABAH, ‘PULAS TELINGA’ SABAHKINI?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 23:09

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim mula gelabah berikutan serangan bertubi-tubi Sabahkini.net dan Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim yang mencabar kewibawaan dan salahguna kuasa polis Sabah.

Akibatnya, Datuk Noor sekali lagi menyalahguna kuasanya apabila mengarah Polis Tawau menjalankan siasatan terhadap Sabahkini.net ekoran satu laporan palsu polis yang dibuat oleh seorang 'penagih dadah' atas dorongan seorang ‘pemimpin politik palsu’ yang dianugerah ‘Sijil Penghargaan’ oleh Polis Kunak sempena sambutan Hari Polis ke 103 lalu.

“Inspektor Zarina daripada IPD Tawau menelefon saya....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS PAKSA ‘SAKSI’ BUAT LAPORAN PALSU?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 12:08

TADIKA.... DPP Tadika ini menjadikan perbicaraan menarik kerana cuba melengahkan masa mahkamah dengan memanggil saksi yang tidak berkaitan dengan perbicaraan dan asyik memohon 'Stand-out' untuk meminta khidmat nasihat 'Pihak Atasan.'

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SAKSI kelapan Pendakwaraya dalam kes samun berkumpulan di Tingkayu, Kunak Devid Bin Udin, 31, kelihatan seolah-olah dipaksa ‘berbohong’ di Mahkamah Sesyen Tawau dalam usaha pihak tertentu untuk melengahkan perbicaraan dan menyembunyikan rahsia sebenar yang mula dihidu Sabahkini.net.

Walaupun hanya Alimuddin yang tahu siapa Pegawai Kanan Polis Sabah yang menerima ‘wang perlindungan’ bagi pihak polis yang mendalangi dan ‘menghalalkan’ jenayah di Tingkayu Gate, namun Devid menyimpan banyak rahsia yang gagal diungkap di mahkamah memandangkan peranannya hanya sebagai ‘orang suruhan’ yang ‘tidak sah taraf’ kerana dilantik oleh Alimuddin dan bukannya diambil bekerja oleh Syarikat Kemajuan Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB).

Banyak keterangan Devid di mahkamah bercanggah dengan tiga laporan polis yang dibuatnya, namun Devid bebas berbohong.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

PENCULIK SEBANGKAT MINTA TOP-UP KREDIT?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 11:50

Oleh: MUTALIB M.D

KETIKA sedang makan malam di suatu lokasi sulit di Selatan Filipina dengan lebih 20 Juruperunding untuk membebaskan dua orang mangsa culik daripada Terumbu Karang Sebangkat Semporna, seorang Juruperunding ‘Deep Throat Filipina’ dihubungi seorang penculik meminta agar menambah ‘top-up’ kredit telefon bimbitnya.

“Mr DT (Deep Throat), Tolong kunuk bah isi kredit telepaun ini sap. Habis sudah. Ndak dapat call,” rayu penculik berkenaan yang sebelum ini berlagak seperti salah seorang pelakon Senario The Movie.

“Boleh tapi 1,000 pesos potong 10,000 pesos ya! Tolak wang ransom nanti,” ujar DTF sambil memancing respon daripada penculik berkenaan.

“Uina sap, mahal juga. Indak bulih kurangkah?. Mataina Sap oleh Komandel,” ujar penculik itu lagi yang membahasakan dirinya sebagai Kapten Roger.

Menurut DTF, para penculik bukan sahaja meminta kredit telefon, malah ubat-ubatan dan makanan disebabkan mereka kehabisan bekalan sekalipun berpindah daripada satu kumpulan politik kepada satu kumpulan poilitik lain yang menjadikan mereka ‘pukat’ untuk memancing undi dalam kempen pilihanraya umum Filipina Mei kelak.

“Kami makan pangi (ubikayu), piutu (putu) sama kiangpau (ikan masin) sajjak, maubus na bugas,” ujar Kapten Roger bercampur aduk dengan bahasa Tausug ketika melaporkan kedudukan mereka yang tidak menyedari percakapannya dirakam pihak berkuasa Filipina.

Pada Firasat DTF, kemungkinan besar kes Sebangkat ini akan selesai selepas pilihanraya umum Filipina kerana pihak berkuasa begitu berhati-hati sekalipun ramai ‘Snipper’ dikerahkan memburu penculik yang semakin bertambah ramai daripada 50 orang sebelum ini hingga menjadi lebih 150 orang.

DTF juga turut membidas Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran yang disifatkannya sebagai ‘berbohong’ dan ‘melancung’ kerana memberitahu di Dewan Undangan Negeri Sabah pada rabu bahawa Polis Diraja Malaysia sedang merunding untuk membebaskan tebusan yang dipercayai masih hidup.

“Batang hidung polispun tidak nampak di sini. Jangan ambil kredit atas usaha orang lain. Mereka kena terima hakikat terlalu banyak cakap sehingga sanggup menipu kononnya mangsa masih berada di Malaysia sedangkan kita yang bertungkus lumus menggadai nyawa untuk memastikan mangsa culik selamat,” ujar DTF yang meminta agar PDRM menerima hakikat bahawa mereka belum terlatih dalam bidang perundingan dan membebaskan mangsa culik.

DTF yang sebelum ini beberapa kali mewakili Malaysia dalam gerakan membebaskan tebusan yang diculik di Selatan Filipina oleh Kumpulan Abu Sayyaf pada 2000 menegaskan pihaknya terpaksa berhati-hati dan terus melayan permintaan demi permintaan para penculik dalam usaha untuk membebaskan tebusan.

“Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau sihat walafiat walaupun kekurangan zat makanan kerana kurang tidur disebabkan sering berpindah randah dan kita sukar menemui mereka sejak dua hari lalu,” ujar DTF yang meminta agar rakyat Malaysia berdoa semoga mangsa dapat dibebaskan dalam masa yang singkat.

BONGKAR SAJA BAH! BIAR RAKYAT TAHU





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 07:00

Saudara Pengarang,

SAYA mengucapkan tahniah kepada Sabahkini.net atas keberanian membongkar segala penyelewengan sama ada dalam pihak pemerintah dan juga pihak pembangkang.

Kita harus bersedia menerima hakikat bahawa semua maklumat hanya petik di hujung jari. Orang kita perlu membuka m,inda untuk memproses pelbagai maklumat yang dipaparkan oleh media. Saya kurang setuju dengan pandangan dalam artikel "Sabahkini Musuh Perpaduan" yang dalam nadanya agak masih tertutup mata mindanya.


Paparan selanjutnya sila layari: www.sabahkini.net

Tuesday, April 20, 2010

ISU SEBANGKAT KINI SEPERTI SENARIO THE MOVIE?





Written by Admin
Monday, 19 April 2010 07:32

Oleh: MUTALIB M.D

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau daripada Terumbu Karang Pulau Sebangkat di Taman Tun Sakaran, Semporna sejak 8 Februari 2010 yang sebelum ini begitu genting kini bertukar lucu seperti ‘Senario The Movie.’

“Para penculik sedang kebuluran dan kekurangan bekalan ubat-ubatan sedang merayu pinjaman wang daripada juruperunding namun mengekalkan jumlah tuntutan tebusan yang sama. Tetapi nyawa para tebusan selamat disebabkan dilindungi 14 ahli politik Filipina yang sedang berkempen pelbagai posisi untuk mendapat tempat dalam pilihanraya umum Filipina Mei nanti,” ujar Deep Throat Filipina (DTF) sebentar tadi dari Siasi, Tawi-Tawi, Filipina.

DTF terpaksa bergaduh dan memaki para penculik yang fasih dalam bahasa Melayu pasar yang biasa digunakan di Sabah dan mereka tidak lagi gentar berhubung dengan juruperunding sekalipun perbualan mereka dirakam oleh pihak berkuasa Filipina yang menunggu masa yang sesuai untuk menyerbu dan membebaskan tebusan.

“Buat masa ini keadaan tidak lagi genting namun masih berisiko tinggi disebabkan kita gagal mengesan dua lagi kumpulan politik daripada 14 kumpulan yang memberikan suaka kepada para penculik ini yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan Malacanang,” tegas DTF yang agak risau dengan perkembangan terbaru.

Menurut DTF, kedua-dua mangsa culik dijadikan bahan kempen 14 kumpulan yang ingin menang dalam pilihanraya umum Filipina.

Para tebusan kata DTF, bergerak daripada satu kumpulan politik kepada satu kumpulan politik untuk mengaburi mata pihak berkuasa Filipina dengan dikawal ketat oleh sekumpulan 50 penculik bersenjata.

DTF meminta Sabahkini.net tidak menyiarkan banyak isu yang disampaikan kerana hampir kesemua penculik pandai berbahasa Melayu dan kebanyakan mereka mempunyai kad pengenalan Malaysia yang dikeluarkan di Sabah dan dipercayai mempunyai keluarga di Sabah.

“Seorang penculik bimbang akan dibunuh keluarganya di Sabah jika beliau pulang ke Sabah dan terpaksa terus setia kepada kumpulan penculik dan bekerjasama dengan 14 kumpulan politik yang melindungi mereka untuk tujuan politik,” ujar DTF lagi.


SAI PAO BERJAYA TIDURKAN POLIS MALAYSIA?





Written by Admin
Tuesday, 13 April 2010 15:56

HIDUNG….Antara Mikhael Aman (kanan) dengan Sai Pao bagaikan hidung dengan hingus yang saling memerlukan. Namun apakah Sai Pao akan terus berkhidmat dengan Mikhael Aman tau menjadi ‘Taiko Tai’ baru di Sandakan?

Oleh: JL BOND

MUNGKIN agak keterlaluan jika dikatakan Polis Malaysia masih tidur. Namun hakikatnya memang benar mereka masih tidur kerana setelah Sabahkini.net menyiarkan wajah samseng yang menjadi pengawal peribadi adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu Michael Chia @ Mikhael Aman; Polis Malaysia gagal mengecam ‘Lelaki Yang Paling Dikehendaki Interpol’ ini.

Samseng berkenaan, Sai Pao @ Chan Mun Bang mempunyai lebih 25 rekod jenayah penipuan dan kongsi gelap yang serius, namun bebas bergerak di Sabah setelah bossnya, Michael Chia membayar sejumlah besar wang perlindungan bagi membolehkan Sai Pao menjalankan kegiatan haram Mikhael Aman.

Sai Pao pernah dipenjara di Peranchis selama empat tahun kerana terlibat dengan penipuan dan pemalsuan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia dan Singapura tetapi digunakan untuk berbelanja di Kota Paris.

Mengikut maklumat Interpol,...


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

Monday, April 19, 2010

CP SABAH & KPD HARUS LETAK JAWATAN!





Written by Admin
Sunday, 11 April 2010 00:52

BUKTI.... Gambar terbaru dua mangsa culik Sebangkat, Tsen Vui Chung (kiri) dan Lai Wing Chau dalam keadaan sihat yang dikirim para penculik di Tawi-Tawi Filipina yang menuntut tebusan daripada keluarga mangsa. Abdullah Sani kesal dengan sikap polis yang hanya tahu bersandiwara tetapi tidak tahu bekerja!


Oleh: MUTALIB M.D

PESURUHJAYA Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Semporna harus berasa malu dan meletakkan jawatan kerana cuba memperdaya orang awam untuk mempercayai bahawa mangsa masih berada di Sabah dan secara malafide memfitnah pengusaha penanaman rumpai laut di Terumbu Karang Sebangkat Semporna berikutan penculikan dua orang rakyat Malaysia pada 8 Februari 2010.

Pengerusi Local Community Forum, Taman Tun Sakaran Marine Park (TMTS), Abdullah Sani Haji Abdul Salleh membuat gesaan demikian setelah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina bahawa kedua-dua tebusan sudah berada di Filipina sehari selepas diculik; ketika Pesuruhjaya Polis Sabah masih mempercayai mangsa berada di Sabah dan menabur fitnah terhadap pengusaha dan waris TMTS; kononnya masalah dalaman dan pertikaian gaji.

“Adalah wajar bagi CP, Datuk Noor Rashid Ibrahim meletakkan jawatan daripada terus menabur fitnah terhadap adik saya, Salleh, dan semua pengusaha rumpai laut yang terlibat kerana tidak pernah timbul isu gaji. Insiden penculikan benar-benar terjadi apabila keluarga mangsa dihubungi untuk meminta wang tebusan yang terlalu tinggi,” kata Abdullah Sani yang telah berunding dengan peguamnya untuk menyaman Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang enggan meminta maaf di atas keterlanjuran menuduh insiden penculikan sebagai kerja orang dalam.

Tegas Abdullah Sani, pihaknya merasa terkilan, malu dan kecewa dengan sikap pihak berkuasa terutama Polis, Tentera dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang dipertanggung jawabkan memantau keselamatan di TMTS kerana gagal melakukan sesuatu untuk menghalang kejadian penculikan berulang selepas insiden Sipadan dan Pandanan pada 2000.

“Dalam masa 10 tahun sepatutnya pihak keselamatan mempertingkatkan teknologi pengawasan dan memperketatkan kawalan, namun saya hampa kerana setelah satu dekad masalah Pati di Sebangkat dan TMTS khususnya tidak juga selesai, malah bertambah serius sehingga terjadi penculikan dua orang pekerja keluarga saya,” ujar Abdullah Sani yang meminta kerajaan menjalankan ‘bedah siasat’ terhadap operasi ketenteraan dan kepolisan di TMTS.

Ketua Polis Daerah Semporna, kata Abdullah Sani, sewajarnya bertanggung jawab meletakkan jawatan terlebih dahulu kerana lambat bertindak dan bersikap menyembunyikan sampah ke bawah permaidani dan menjadikan adik beliau sebagai ‘sasaran’ siasatan ketika para penculik bebas menyeludup keluar mangsa daripada kepungan pihak berkuasa Malaysia yang kononnya dilengkapi dengan teknologi dan peralatan canggih.

“Jika cekap, kenapa polis lambat sampai ke kawasan yang boleh dicapai dalam masa 20 minit tetapi polis mengambil masa yang telalu lama sehingga mangsa sudah dilarikan ke Filipina ketika polis tiba. Alasan air laut surut ketika itu bukanlah alasan professional, sebaliknya penuh dengan tipu muslihat untuk menafikan hak mangsa untuk diselamatkan ketika masih dalam negara,” ujar Abdullah Sani yang akan menghantar nota bantahan dan memorandum para pewaris TMTS kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang meminta agar Ketua Polis Daerah Semporna dan Pesuruhjaya Polis Sabah ditukarkan serta merta jika mereka enggan meletakkan jawatan.

Bagi Abdullah Sani, pihaknya tidak perlu lagi melayan karenah beberapa personel kanan polis Malaysia yang dilaporkan cuba menggagalkan usaha untuk membawa balik mangsa yang kini sedang giat dipantau oleh pihak berkuasa Filipina dan akan dibebaskan dalam masa yang singkat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang begitu prihatin dengan nasib mangsa dan penderitaan keluarga mangsa yang tertekan akibat insiden penculikan di tengah kawalan ketat keselamatan. Kita tidak dapat membalas jasa baik beliau yang memainkan peranan penting untuk membebaskan mangsa melalui pelbagai cara dengan kerjasama Kerajaan Filipina,” kata Abdullah Sani yang mengutuk kegiatan penculikan sebagai musuh nombor satu yang menjatuhkan imej Negara di mata dunia.

Abdullah Sani menjelaskan para penculik telah menghantar wakil untuk menemui beliau dan adiknya, namun mereka enggan berjumpa kerana telah menyerahkan kes berkenaan kepada rakan kongsi mereka, Datuk Seri Chong Man Tung untuk berurusan dengan para penculik di Filipina.

Dalam pada itu, isu penculikan di Sebangkat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr. Hiew King Cheu (DAP) pada 1 April 2010 sebagaimana yang terdapat dalam Hansard Parlimen seperti sedutan berikut;

Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu]: Yang Berhormat Menteri, boleh saya sambung? Ini boleh kita balik ke isu keselamatan. Mangsa culik di Semporna, Sabah pada 8 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia masih percaya mangsa Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau masih berada di Malaysia dan tidak diberitahu kedudukan siasatan. Ada ramai kata mangsa ada di Tawi-Tawi, Philippine juga. Perusahaan rumpai laut jatuh mendadak kerana pekerja takut daripada 1,000 orang yang bekerja di sana kini hanya tinggal 50 orang sahaja. Boleh Yang Berhormat Menteri beritahu mana jaminan keselamatan di Sabah? Terima kasih.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Seorang Ahli: Tidak ada.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Ini telah dibangkitkan.

Seorang Ahli: Tidak ada jaminan.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua tadi telah membuat ruling...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ini perkara sudah Yang Berhormat.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Bahawa ia tidak dibangkitkan dalam perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya.

Seorang Ahli: Jawablah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat mempunyai...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Dalam...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: ...Opsyen jawab atau tidak jawab pun...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya tidak mahu jawab.

Manakala pada 6 April 2010, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah sekali lagi menimbulkan isu ini di parlimen. Antara lain beliau berkata;

“Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan keselamatan dalam negeri. Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat dan kerajaan kita kementerian berkenaan mengatakan tidak, ini selamat.

“Akan tetapi pada 8hb Februari, satu penculikan berlaku di Tawi-Tawi bahagian Pantai Timur Sabah dan dua orang telah diculik. Sehingga hari ini, rakyat masih tertanya-tanya sama ada mereka ini berada di Sabah ataupun di negara jiran. Pihak polis mengatakan ya, mereka masih hidup dan masih cuba untuk membawa mereka balik tetapi tiada affirmative information.

“Ada yang mengatakan bahawa mereka ini diculik di kalangan mereka atas masalah keluarga dan sebagainya, tetapi apa yang kita tahu ialah diculik oleh pihak orang asing dan mereka ini masih berada di negara Filipina dan masih dalam penjagaan oleh pihak-pihak tertentu.

“Nama mereka ini ialah Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau dan pihak keluarga masih menunggu di manakah mereka ini sebenarnya. Rakyat menunggu maklumat daripada kerajaan sama ada mereka ini masih hidup, berada di tanah air perairan Sabah atau di Filipina. Kesan ia Tuan Yang di-Pertua, ekonomi perusahaan rumpai laut di sebelah Semporna dan sebagainya.

“Ia terdapat kurang lebih 900 lebih pekerja sebelum kejadian penculikan. Sekarang ini oleh kerana ketakutan, hanya tinggal 50 orang sahaja pekerja di industri rumpai laut. Jadi bukan sahaja tertumpu kepada isu keselamatan tetapi ia mempunyai kesan seterusnya kepada soal ekonomi tempatan.

“Jadi kita mintalah pihak Kementerian Dalam Negeri supaya memberi maklumat kepada rakyat di manakah mereka dan siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya. Sekarang ini maklumat ini masih samar-samar.”

Pada 7 April 2010, sekali lagi Bumburing meminta penjelasan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Chor Chee Heung dengan berkata;

“Soal kes penculikan ini telah berlaku dalam bulan Februari, sekarang ini sudah bulan April dan jawapan yang diberikan pihak polis kepada awam ialah masih disiasat. Adakah kita masih menunggu sekian lama untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka ini ditahan di Filipina atau tidak? Keluarga ini very anxious, dengan izin. Kalau dipastikan oleh pihak polis bahawasanya kedua-dua orang ini di Filipina, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk berunding atau menghubungi ataupun meminta bantuan daripada pihak kerajaan yang terlibat? Jadi tolong minta dipercepatkan, jangan biarkan keluarga mereka menderita.

Dalam jawapannya, pada 7 April 2010, Dato’ Wira Chor Chee Heung berkata;

“Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Semalam saya baru jumpa dengan pegawai penyiasat mengenai kes ini dan saya telah diberitahu dengan cukup terang iaitu kita harus mempercepatkan kerja-kerja siasatan sebab kita tidak mahu nyawa mereka ini tidak tahu sama ada mereka hidup atau tidak. Walaupun kita mempercayai bahawa mereka masih hidup di Filipina dan mengikut apa yang mereka beritahu kepada saya ialah mereka telah pun berhubung dengan counterpart, dengan izin, di Filipina. Setakat ini masih dalam siasatan tetapi kadang-kadang kita tidak boleh sendiri mempercepatkan sebab mereka ini berada di Negara lain, kita pun susah hendak masuk untuk jalankan siasatan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat jangan bimbang, kita akan memberitahu supaya kes ini dijadikan satu kes prioriti.”